Friday 26 July 2013

Perjumpaan ibubapa dan guru kelas

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera ...
Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir ke perjumpaan ibubapa dengan guru kelas. Cikgumai menerima kunjungan Ibubapa seramai 23 daripada 26 pelajar kelas 4 Sains.  Sambutan yang sangat menggalakkan daripada Ibubapa ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan terhadap kejayaan dan masa depan anak-anak ini. Pertemuan dan perbincangan dengan ibubapa ini mencetuskan satu semangat baru kepada cikgumai dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini. Cikgumai dapat merasakan kesan positif perubahan sikap pelajar semasa P&P selepas perjumpaan tersebut.
Sekali lagi cikgumai ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua lbubapa yang hadir.

No comments:

Post a Comment