Wednesday 31 July 2013

LATIHAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera,
Cuti datang lagi... Selamat bercuti kepada semua dan selamat hari raya Aidil Fitri kepada pelajar yang beragama lslam. Semoga anda bergembira bersama keluarga tercinta. Namun  disamping kita bergembira  , pelajaran jangan dilupa. Pelajar 4 sains dan 4 A diingatkan untuk menyiapkan latihan formatif 7.1 , mukasurat 139 dalam buku teks anda. Bagi pelajar yang telah menyiapkannya bolehlah mencuba latihan tambahan yang telah di Upload di page Nota dan latihan.

Friday 26 July 2013

Perjumpaan ibubapa dan guru kelas

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera ...
Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir ke perjumpaan ibubapa dengan guru kelas. Cikgumai menerima kunjungan Ibubapa seramai 23 daripada 26 pelajar kelas 4 Sains.  Sambutan yang sangat menggalakkan daripada Ibubapa ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan terhadap kejayaan dan masa depan anak-anak ini. Pertemuan dan perbincangan dengan ibubapa ini mencetuskan satu semangat baru kepada cikgumai dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini. Cikgumai dapat merasakan kesan positif perubahan sikap pelajar semasa P&P selepas perjumpaan tersebut.
Sekali lagi cikgumai ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua lbubapa yang hadir.

Sunday 7 April 2013

Rangka Jawapan Latihan Formatif

Untuk Bab 3 ini , Cikgumai telah menyediakan rangka jawapan untuk Latihan Formatif 3.1 hingga 3.4. Dapatkannya di 'page ' Nota dan Latihan.Diharap ianya dapat membantu pelajar memahami tajuk ini seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan . Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan,sila ajukan di 'page' bilik perbincangan atau bertanya di dalam kelas akan datang . Selamat Belajar.

Friday 29 March 2013

Self Access Learning

I have write an important keywords in understanding the quadratic function graph at the "Bilik Perbincangan" page. I hope that students can use those keywords to search the websites and will find the suitable page for you to learn this topic. Just 'copy' and 'paste' those keywords on your search engine and I am sure you will find many interesting ways to understand this topic....

Wednesday 27 March 2013

Keputusan SPM 2012

Keputusan SPM 2012 telah diketahui . Segala teka teki , tanda tanya ,keresahan telah terjawab.Untuk matapelajaran add math, perasaannya bercampur2 antara suka dan duka . Dari Segi peratusan memang tidak begitu membanggakan namun dari segi purata gred terdapat peningkatan  kualiti .
Tahniah kepada tiga pelajar yang berjaya mendapat A bagi matapelajaran add math iaitu PAUL A/L PATHINATHAN (A+) ,SRITHARAN A/L SUKUMAR(A+) dan TAUFIQ ALI BIN DASTHAGIR (A-).
Diharap kejayaan mereka bertiga ini mencetuskan harapan dan keyakinan kepada pelajar lain untuk berusaha mencapai keputusan yang sama .

Saturday 23 March 2013

LATIHAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

Dapatkan LATIHAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA di page NOTA DAN LATIHAN. Cuba selesaikan semua soalan yang diberi dan pelajar boleh mengemukakan soalan di page perbincangan jika menghadapi masalah.

Tuesday 19 March 2013

BAB 3 : FUNGSI KUADRATIK

Diminta pelajar 4A dan 4 sains menyalin nota dalam buku nota masing-masing . Dapatkan nota tersebut di 'page' NOTA DAN LATIHAN .

Pengubahsuaian Blog

CikguMai telah melakukan pengubahsuaian blog untuk memudahkan pelajar dengan menambahkan 'page' NOTA DAN LATIHAN dan perbincangan . Anda boleh dapatkan nota dan latihan dalam keadaan yang lebih tersusun dan  'page' perbincangan untuk membolehkan pelajar bertanya  soalan dan berbincang tentang latihan .
Diharap pelajar memunafaatkan sepenuhnya kemudahan ini . Selamat Belajar...

Ujian kemajuan 1

Tahniah kepada semua pelajar yang lulus dalam ujian kemajuan 1 . Semoga ia menjadi pendorong untuk anda berusaha dengan lebih gigih lagi .  Bagi pelajar yang gagal, jangan kecewa . Nilai diri sendiri, perbaiki kesilapan, tingkatkan usaha dan motivasikan diri untuk menjadi sebahagian daripada peiajar yang berjaya .
"success is not permanent and failure is not final"
Pelajar yang mendapat Markah kurang daripada 40 didenda dengan menyalin semula semua nota dan latihan Bab1 dan Bab2 dalam kertas 'test pad' dengan pen biru dan perlu menghantarnya ke meja cikguMai pada hari lsnin 1 /4 / 2013 . Pelajar boleh dapatkan semua nota dan latihan tersebut di 'page' NOTA DAN LATIHAN .

Friday 8 February 2013

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Happy Chinese New Year to all my chinese students....... and happy holiday to all.... hope this holiday will give us enough rest and generate energy to continue after the holiday.
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Wednesday 30 January 2013

BAB 2 PERSAMAAN KUADRATIK (quadratic equations)

Kelas 4 sains perlu menghantar buku nota pada hari Isnin 4/2/2013. Nota akan digunakan semasa kelas hari Rabu 6/2/2013.
Kelas 4 Arif telah menyalin nota dan semua latihan untuk bab 2 ini dibuat dalam buku nota.

Klik link dibawah:
NOTA : BAB 2 PERSAMAAN KUADRATIK ♥♡♥♡

Jawapan untuk latihan formatif telah di 'upload'. Ada sebahagian jawapan yang diberikan tidak lengkap . Pelajar boleh cuba melengkapkannya.

Latihan formatif 2.1 ♥♥♥♥

Latihan formatif 2.2 ♥♥♥♥

Latihan Formatif 2.3 ♥♥♥♥

Wednesday 16 January 2013

Sunday 6 January 2013

BAB 1 FUNGSI

Pelajar 4A dan 4 Sains diminta menyalin nota ini. Gunakan buku nota yang panjang. Anda digalakkan untuk menyalin dengan tulisan tangan anda sendiri untuk memudahkan lagi anda faham semasa penerangan yang akan dibuat di dalam kelas. Namun anda boleh juga cetak nota ini dan menampalnya dalam buku nota anda (TIDAK DIGALAKKAN). Pastikan anda ada nota ini semasa kelas akan datang. Pelajaran pertama dalam bab 1 ini adalah 1.1 hubungan.
     klik link dibawah untuk mendapatkan nota ini dalam format pdf.
NOTA: Bab 1: Fungsi(updated)

JAWAPAN: Latihan formatif 1.1  》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.2 》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.3 》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.4 》♥ buku latihan