Saturday, 13 September 2014

Soalan Percubaan SPM Matematik Tambahan 2014 Pulau Pinang

         Selamat sejahtera, Peperiksaan Percubaan SPM 2014 telah berlalu dan anda semua telah berjaya menghadapinya. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Sehubungan dengan itu, CikguMai upload soalan dan SKEMA Pemarkahan Trial AddMath Negeri Pulau Pinang. Di harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan membantu anda membuat ulangkaji sebagai persadiaan menghadapi peperiksaan SPM sebenar. Sila Klik Link di bawah:

Trial SPM AddMath 2014 Penang K1
Trial SPM AddMath 2014 Penang K2
Trial SPM AddMath 2014 Penang SKEMA

       Dapatkan tips menarik menjawab soalan di Portable Addmath Class CikguMai di FB. Klik Link  Your Portable Add Math Class..

Sunday, 25 May 2014

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2014

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2014
Berikut adalah surat siaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkenaan Kerja Projek Matematik Tambahan bagi tahun 2014. Diharap pelajar2 tingkatan 5 tahun 2014 memuat turun file2 yang diperlukan disini... Sila klik link di bawah,

Kertas-Projek-Matematik-Tambahan-2014
TERKINI !!!! Klik untuk panduan soalan 1, KPMT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.            Sukacitanya dinaklumkan bahawa Kerja Projek Matematik Tambahan ( KPMT ) merupakan elemen penting dalam kurikulum Matematik Tambahan. KPMT bertujuan antara lain memupuk kreativiti , kemahiran berfikir matematik dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid. Bagi pelaksanaan tahun 2013, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menyediakan Duatugasan KPMT berdasarkan tajuk dan kemahiran yang berbeza.
3.            Sehubungan dengan itu , guru yang mengajar matematik Tambahan Tingkatan 5 diminta memuat turun perkara-perkara berikut melalui portal Sektor Pengurusan Akademik.  Klik di sini untuk muat turun  mulai 16 Mei 2014 ( Jumaat)
a)Additional Mathematics Project Work 1/2014 – 2/2014
b)Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2014 – 2/2014
c) Rubric for Additional Mathematics
d) Guidelines on the implementation of Additional mathematics project 2014
e) Garis panduan am mengenai pelaksanaan kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Tuesday, 11 February 2014

Selamat sejahtera... semoga sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan dan usaha mencapai kejayaan dalam matapelajaran yang sangat hebat ini. Dalam usaha membantu anda semua , Cikgumai telah membawa kelas Matematik Tambahan ke laman FB. Anda boleh follow page ini Mari Belajar Matematik Tambahan bersama Cikgumai  untuk mengikuti P&P tingkatan 5 dan mengikuti ulangkaji soalan2 trial SPM. Sila Like page tersebut untuk sentiasa mendapat update soalan2 dan tips2 berguna untuk anda. Selamat belajar.....

Thursday, 9 January 2014

Selamat Tahun Baru

Tahun baru, pelajar baru.... kerenah baru, Mulakan dengan semangat yang baru.... SEMOGA TAHUN INI, TENAGA DAN MINDA SENTIASA FOKUS KEPADA TUGAS SEBENAR SEBAGAI SEORANG PENDIDIK. Kepada pelajar kelas 4A ,4 Sains dan 4 TM selamat berkenalan dengan matapelajaran matematik tambahan. Diharap cikgumai mampu memberi tunjuk ajar seterusnya merealisasikan impian anak2 untuk mencapai kejayaan dalam matapelajaran ini.

Pelajar 5 Sains,5 A dan 5 TM diharap lebih fokus dan menguatkan keazaman untuk mencapai target anda dalam SPM. Marilah bersama-sama kita berusaha menuju kejayaan.Sesungguhnya kita boleh!!!

Cikgumai juga akan mengajar matapelajaran matematik untuk pelajar kelas 1Sains dan 1A. Diharap anak2 tingkatan 1 ini dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru,suasana pembelajaran yang baru dan sistem PBS yang baru diperkenalkan kepada anda.

"SELAMAT MELAYARI TAHUN 2014"
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡