Sunday, 25 May 2014

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2014

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2014
Berikut adalah surat siaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkenaan Kerja Projek Matematik Tambahan bagi tahun 2014. Diharap pelajar2 tingkatan 5 tahun 2014 memuat turun file2 yang diperlukan disini... Sila klik link di bawah,

Kertas-Projek-Matematik-Tambahan-2014
TERKINI !!!! Klik untuk panduan soalan 1, KPMT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.            Sukacitanya dinaklumkan bahawa Kerja Projek Matematik Tambahan ( KPMT ) merupakan elemen penting dalam kurikulum Matematik Tambahan. KPMT bertujuan antara lain memupuk kreativiti , kemahiran berfikir matematik dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid. Bagi pelaksanaan tahun 2013, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menyediakan Duatugasan KPMT berdasarkan tajuk dan kemahiran yang berbeza.
3.            Sehubungan dengan itu , guru yang mengajar matematik Tambahan Tingkatan 5 diminta memuat turun perkara-perkara berikut melalui portal Sektor Pengurusan Akademik.  Klik di sini untuk muat turun  mulai 16 Mei 2014 ( Jumaat)
a)Additional Mathematics Project Work 1/2014 – 2/2014
b)Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2014 – 2/2014
c) Rubric for Additional Mathematics
d) Guidelines on the implementation of Additional mathematics project 2014
e) Garis panduan am mengenai pelaksanaan kerja Projek Matematik Tambahan 2014

Tuesday, 11 February 2014

Selamat sejahtera... semoga sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan dan usaha mencapai kejayaan dalam matapelajaran yang sangat hebat ini. Dalam usaha membantu anda semua , Cikgumai telah membawa kelas Matematik Tambahan ke laman FB. Anda boleh follow page ini Mari Belajar Matematik Tambahan bersama Cikgumai  untuk mengikuti P&P tingkatan 5 dan mengikuti ulangkaji soalan2 trial SPM. Sila Like page tersebut untuk sentiasa mendapat update soalan2 dan tips2 berguna untuk anda. Selamat belajar.....

Thursday, 9 January 2014

Selamat Tahun Baru

Tahun baru, pelajar baru.... kerenah baru, Mulakan dengan semangat yang baru.... SEMOGA TAHUN INI, TENAGA DAN MINDA SENTIASA FOKUS KEPADA TUGAS SEBENAR SEBAGAI SEORANG PENDIDIK. Kepada pelajar kelas 4A ,4 Sains dan 4 TM selamat berkenalan dengan matapelajaran matematik tambahan. Diharap cikgumai mampu memberi tunjuk ajar seterusnya merealisasikan impian anak2 untuk mencapai kejayaan dalam matapelajaran ini.

Pelajar 5 Sains,5 A dan 5 TM diharap lebih fokus dan menguatkan keazaman untuk mencapai target anda dalam SPM. Marilah bersama-sama kita berusaha menuju kejayaan.Sesungguhnya kita boleh!!!

Cikgumai juga akan mengajar matapelajaran matematik untuk pelajar kelas 1Sains dan 1A. Diharap anak2 tingkatan 1 ini dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru,suasana pembelajaran yang baru dan sistem PBS yang baru diperkenalkan kepada anda.

"SELAMAT MELAYARI TAHUN 2014"
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Wednesday, 31 July 2013

LATIHAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera,
Cuti datang lagi... Selamat bercuti kepada semua dan selamat hari raya Aidil Fitri kepada pelajar yang beragama lslam. Semoga anda bergembira bersama keluarga tercinta. Namun  disamping kita bergembira  , pelajaran jangan dilupa. Pelajar 4 sains dan 4 A diingatkan untuk menyiapkan latihan formatif 7.1 , mukasurat 139 dalam buku teks anda. Bagi pelajar yang telah menyiapkannya bolehlah mencuba latihan tambahan yang telah di Upload di page Nota dan latihan.

Friday, 26 July 2013

Perjumpaan ibubapa dan guru kelas

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera ...
Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir ke perjumpaan ibubapa dengan guru kelas. Cikgumai menerima kunjungan Ibubapa seramai 23 daripada 26 pelajar kelas 4 Sains.  Sambutan yang sangat menggalakkan daripada Ibubapa ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan terhadap kejayaan dan masa depan anak-anak ini. Pertemuan dan perbincangan dengan ibubapa ini mencetuskan satu semangat baru kepada cikgumai dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini. Cikgumai dapat merasakan kesan positif perubahan sikap pelajar semasa P&P selepas perjumpaan tersebut.
Sekali lagi cikgumai ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua lbubapa yang hadir.

Sunday, 7 April 2013

Rangka Jawapan Latihan Formatif

Untuk Bab 3 ini , Cikgumai telah menyediakan rangka jawapan untuk Latihan Formatif 3.1 hingga 3.4. Dapatkannya di 'page ' Nota dan Latihan.Diharap ianya dapat membantu pelajar memahami tajuk ini seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan . Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan,sila ajukan di 'page' bilik perbincangan atau bertanya di dalam kelas akan datang . Selamat Belajar.

Friday, 29 March 2013

Self Access Learning

I have write an important keywords in understanding the quadratic function graph at the "Bilik Perbincangan" page. I hope that students can use those keywords to search the websites and will find the suitable page for you to learn this topic. Just 'copy' and 'paste' those keywords on your search engine and I am sure you will find many interesting ways to understand this topic....