Tuesday, 19 March 2013

Ujian kemajuan 1

Tahniah kepada semua pelajar yang lulus dalam ujian kemajuan 1 . Semoga ia menjadi pendorong untuk anda berusaha dengan lebih gigih lagi .  Bagi pelajar yang gagal, jangan kecewa . Nilai diri sendiri, perbaiki kesilapan, tingkatkan usaha dan motivasikan diri untuk menjadi sebahagian daripada peiajar yang berjaya .
"success is not permanent and failure is not final"
Pelajar yang mendapat Markah kurang daripada 40 didenda dengan menyalin semula semua nota dan latihan Bab1 dan Bab2 dalam kertas 'test pad' dengan pen biru dan perlu menghantarnya ke meja cikguMai pada hari lsnin 1 /4 / 2013 . Pelajar boleh dapatkan semua nota dan latihan tersebut di 'page' NOTA DAN LATIHAN .

Friday, 8 February 2013

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Happy Chinese New Year to all my chinese students....... and happy holiday to all.... hope this holiday will give us enough rest and generate energy to continue after the holiday.
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Wednesday, 30 January 2013

BAB 2 PERSAMAAN KUADRATIK (quadratic equations)

Kelas 4 sains perlu menghantar buku nota pada hari Isnin 4/2/2013. Nota akan digunakan semasa kelas hari Rabu 6/2/2013.
Kelas 4 Arif telah menyalin nota dan semua latihan untuk bab 2 ini dibuat dalam buku nota.

Klik link dibawah:
NOTA : BAB 2 PERSAMAAN KUADRATIK ♥♡♥♡

Jawapan untuk latihan formatif telah di 'upload'. Ada sebahagian jawapan yang diberikan tidak lengkap . Pelajar boleh cuba melengkapkannya.

Latihan formatif 2.1 ♥♥♥♥

Latihan formatif 2.2 ♥♥♥♥

Latihan Formatif 2.3 ♥♥♥♥

Wednesday, 16 January 2013

Sunday, 6 January 2013

BAB 1 FUNGSI

Pelajar 4A dan 4 Sains diminta menyalin nota ini. Gunakan buku nota yang panjang. Anda digalakkan untuk menyalin dengan tulisan tangan anda sendiri untuk memudahkan lagi anda faham semasa penerangan yang akan dibuat di dalam kelas. Namun anda boleh juga cetak nota ini dan menampalnya dalam buku nota anda (TIDAK DIGALAKKAN). Pastikan anda ada nota ini semasa kelas akan datang. Pelajaran pertama dalam bab 1 ini adalah 1.1 hubungan.
     klik link dibawah untuk mendapatkan nota ini dalam format pdf.
NOTA: Bab 1: Fungsi(updated)

JAWAPAN: Latihan formatif 1.1  》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.2 》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.3 》♥ buku latihan

JAWAPAN: Latihan formatif 1.4 》♥ buku latihan

Thursday, 15 November 2012

Soalan "Practice Make Perfect"
function
solution of triangle
Index Number
quadratic equation

Pelajar boleh memilih tajuk untuk membuat ulangkaji.  Jawapan untuk setiap latihan ada disediakan dan boleh menjadi panduan untuk pelajar mengulangkaji dengan lebih mudah.

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN"

Sunday, 6 May 2012

LATIHAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Dapatkan latihan persediaan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.  Diharap latihan ini dapat membantu pelajar dalam menghadapi PPT hujung minggu ini. Cuba selesaikan dan sekiranya terdapat sebarang masalah, sila jumpa saya atau ajukan soalan anda di sini. GOOD LUCK AND ALL THE BEST.....

Klik link di bawah:
Bahagian 1: Soalan persediaan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Seperti dijanjikan latihan Bahagian Kedua untuk kertas 2.  Saya memohon maaf kerana agak lewat upload latihan ini.  Latihan untuk kertas 1 akan menyusul kemudian.

Klik link  di bawah.
Bahagian 2: Soalan persediaan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 (Paper 2)